
MU, Barca mahu tebus kesilapan lampau
Giugno 1, 2009Jumlah itu hanya menyamai lima yang dimenangi Liverpool dan dua di belakang AC Milan dan empat ketinggalan kepada Real Madrid.
Apa yang lebih mengaibkan bagi dua kuasa besar bola sepak yang dianggap terbaik di dunia ialah mereka hanya mara ke final untuk sejumlah lapan kali sebelum tahun ini, dengan United memenangi ketiga-tiga penampilannya dan Barca dua daripada lima.
Kini mereka bersemuka dalam final Liga Juara-Juara buat kali pertama, dengan harapan untuk menampilkan pertarungan klasik di Rome, Rabu ini bagi menebus kegagalan masa lampau.
Ferguson boleh memilih di kalangan Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Carlos Tevez di bahagian serangan manakala jika Thierry Henry pulih daripada kecederaan lutut, dia akan berganding dengan Lionel Messi dan Samuel Eto’o dalam jentera penggempur Barcelona yang menjaringkan lebih 100 gol liga musim ini.
Fonte:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20090522235446/Article/index_html
Pubblicato in house news | Contrassegnato da tag barca, kesilapan, lampau, mahu, tebus |